Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    OPEC+ bergelut penuhi sasaran pengeluaran

    PARIS, 11 FEB – Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) hari ini menambah ramalan untuk permintaan minyak dunia pada 2022 tetapi mengingatkan tentang kegagalan ‘kronik’ oleh OPEC dan sekutunya untuk memenuhi sasaran pengeluaran mereka.

    Tiga belas anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) pimpinan Saudi dan 10 sekutu mereka, termasuk Rusia, telah mengurangkan pengeluaran mendadak pada 2020 ketika harga meleset selepas meletusnya pandemik COVID-19.

    Kumpulan itu, digelar OPEC+, mulai menambah pengeluaran pada tahun lalu, memperbaharui setiap bulan sasaran 400,000 tong sehari, ketika permintaan dan harga pulih selepas negara-negara mula membatalkan sekatan COVID-19.

    OPEC+ bersetuju dengan peningkatan yang sama sekali lagi pada awal bulan ini meskipun harga minyak mentah yang meningkat dan ketegangan geopolitik menjejaskan pasaran.

    Namun penganalisis berkata sesetengah anggota, seperti Angola dan Nigeria, gagal menambah pengeluaran mereka dan yang lainnya, seperti Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu, keberatan melakukannya.

    “Prestasi yang kurang memberangsangkan oleh OPEC+ dalam memenuhi sasaran pengeluarannya dan ketegangan geopolitik telah mendorong harga minyak naik lebih tinggi,” kata IEA dalam laporan pasaran minyak bulanannya.

    Harga kontrak antarabangsa dan minyak AS mencecah tahap tinggi tujuh tahun pada Januari dan telah mencecah AS$90 satu tong. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...