OPEC bincang bagi pengurangan hasil minyak

LONDON, 9 APRIL – Negara pengeluar minyak terkemuka hari ini akan membincangkan kemungkinan pengurangan pengeluaran selepas permintaan menguncup akibat koronavirus dan perang harga Saudi-Rusia mencetuskan pasaran musnah.

Telesidang dijadualkan pada 1400 GMT antara OPEC, sekutu OPEC+ termasuk Rusia dan negara bukan anggota lainnya dilihat sebagai peluang terbaik untuk memberikan sokongan kepada harga yang tenggelam dalam kemalapan dua dekad.

Pakar-pakar memberi amaran tanpa tindakan sepadu, komoditi berisiko jatuh merudum.

Namun para pelabur kelihatan menaruh harapan hari ini, mencetuskan harga minyak tinggi.

Minggu lalu Presiden AS, Donald Trump mendakwa Rusia dan Arab Saudi mungkin akan berundur dari pendirian mereka dan bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran.

Ketua OPEC, Arab Saudi menyeru bagi mesyuarat penting pengeluar ‘untuk cuba mencapai persetujuan adil’ bagi ‘menstabilkan pasaran minyak’ berikutan panggilan telefon antara Putera Mahkota Mohammed bin Salman dan Trump.

Mesyuarat hari ini bertujuan untuk menyelesaikan persetujuan bagi mengurangkan pengeluaran antara 10 hingga 15 juta sehari, kata Menteri Minyak Kuwait, Khaled al-Fadhel dalam satu temu bual bersama akhbar harian Kuwaiti Al-Rai hari ini. – AFP