OPEC bincang harga minyak ekoran wabak virus

VIENNA, 3 FEB – Anggota OPEC dan sekutu mereka Rusia akan mengadakan mesyuarat teknikal pada minggu ini untuk menganalisis kemerosotan harga minyak sejak wabak koronavirus meletus, kata sumber yang rapat dengan kartel semalam.

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum akan mengumpul pakar dalam ‘jawatankuasa teknikal bersama’ di Vienna esok dan Rabu, beritahu sumber kepada AFP. Harga minyak mentah telah terjejas sejak virus meletus tatkala kebimbangan mengenai kesannya ke atas pertumbuhan ekonomi China telah meningkat.

China merupakan ekonomi kedua terbesar dunia dan pengguna minyak mentah yang besar.

Kontrak minyak AS WTI telah merosot kira-kira 18 peratus dalam tempoh sebulan lalu. Pengeksport minyak terkenal dan negara OPEC Arab Saudi berkata pada minggu ini bahawa kesan virus ke atas permintaan minyak adalah ‘amat terhad’ tetapi negara itu sedang mengikuti perkembangan dengan teliti.

Sebahagian besar kesan pasaran global adalah ‘didorong oleh faktor psikologi’ dan ‘pendapat pesimistik,’ kata Saudi. – AFP