Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    OPEC+ dijangka laksana strategi baharu Rabu ini

    LONDON, 1 OGOS – Kumpulan pengeksport minyak OPEC+ dijangka melaksanakan strategi baharu pada mesyuarat mereka, Rabu ini, dengan tumpuan bagaimana mereka akan bertindak terhadap kenaikan harga minyak mentah.

    OPEC yang dianggotai oleh 13 ahli teras, dipimpin oleh Arab Saudi, dan 10 lagi negeri dalam OPEC+ yang mana ketuanya adalah Rusia – mendapati diri mereka berada di persimpangan.

    Selepas pengurangan pengeluaran drastik yang mereka persetujui pada musim bunga 2020 sebagai reaksi terhadap kejatuhan permintaan yang disebabkan oleh pandemik koronavirus, negara anggota perikatan itu sekali lagi mengeluarkan hasil pada paras tahap pra-virus – secara teorinya.

    Pada waktu biasa, mereka mungkin akan menghentikannya pada tahap itu namun berdepan dengan harga tidak terkawal dan tekanan dari Washington, senario ini dilihat sebagai tidak mungkin terjadi.

    Kunjungan Presiden AS, Joe Biden ke Arab Saudi pada pertengahan Julai lalu sebahagiannya bertujuan untuk meyakinkan Riyadh agar terus melonggarkan pengeluaran untuk menstabilkan pasaran dan mengekang inflasi yang berleluasa.

    Bagaimanapun, pertemuan pada Rabu itu nanti akan mendedahkan sama ada usahanya berjaya.

    “Pentadbiran AS kelihatannya menjangkakan beberapa berita baik tetapi sukar untuk mengetahui sama ada ia berdasarkan jaminan semasa perjalanan Biden atau tidak,” kata Craig Erlam, penganalisis di Oanda, memberitahu AFP.

    Sebarang keputusan pada Rabu itu nanti akan dibuat sebulat suara, yang mungkin membawa kepada mesyuarat yang lebih lama daripada biasa.

    Mesyuarat sidang video dijadualkan bermula sekitar 3 petang di ibu pejabat kartel Vienna. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...