Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    OPEC+ jangka pengeluaran minyak akan meningkat

    LONDON, 2 FEB – Dua puluh tiga hali kartel minyak OPEC+ hari ini dijangka akan mengekalkan pendirian dan meningkatkan pengeluaran secara sederhana apabila harga minyak mentah melonjak.

    Setakat Januari, penganalisis menjangka pengeluaran akan ditambah, sebanyak 400,000 tong sehari, kata seorang penganalisis di PVM Energy, Tamas Varga kepada AFP.

    Wakil daripada 13 anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), dan 10 rakan sekutu mereka melalui perjanjian OPEC+, akan bertemu di peringkat menteri sebelum persidangan video yang dijadualkan pada 1 petang waktu tempatan.

    Pendekatan kartel bermula sejak musim bunga 2021 apabila permintaan pulih daripada pengurangan drastik dalam menghadapi pandemik COVID-19.

    Sejak itu, OPEC+ tidak berganjak daripada pendiriannya walaupun menerima panggilan dari Rumah Putih untuk meningkatkan lagi bekalan bagi mengurangkan harga.

    Harga semasa sekitar AS$90, nampaknya tidak akan mengubah kedudukan mereka.

    Sejak perbincangan terakhir pertubuhan tersebut, harga setong minyak West Texas Intermediate (WTI) telah meningkat lebih daripada 14 peratus dan Brent pula lebih daripada 11 peratus, kedua-duanya merujuk kepada minyak mentah yang mencecah paras tertinggi pada Januari yang tidak pernah dilihat selama lebih daripada tujuh tahun.

    Victoria Scholar, pakar di Interactive Investor, berkata dia menjangkakan “keuntungan selanjutnya”, produk daripada permintaan yang kukuh dan “peningkatan pengeluaran drip-feed” OPEC+. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...