Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    OPEC+ kekalkan pengeluaran

    VIENNA, 30 JUN – Pengeluar minyak utama diketuai Arab Saudi dan Rusia dijangka mengekalkan cadangan rangsangan pengeluaran sebelumnya, hari ini, meskipun gesaan peningkatan lebih besar untuk menangani harga minyak mentah.

    Serangan Rusia ke atas Ukraine telah memburukkan lagi kebimbangan tentang bekalan minyak yang mencetuskan harga ke rekod tertinggi tahun ini.

    Selepas tegahan EU ke atas import minyak Rusia berhubung serangan itu, kartel OPEC+ bersetuju pada mesyuarat terakhir mereka pada awal Jun untuk menambah lagi bekalan minyak daripada yang dijangkakan.

    Namun harga terus tinggi, dengan penganalisis berkata penangguhan itu belum dicapai ketika 23 anggota OPEC+ bertemu menerusi sidang video pada awal petang ini.

    “Kami sepatutnya menjangkakan rundingan muktamad. Berdasarkan OPEC+ belum dan sudah lama tidak memenuhi sasaran yang ada, maka, saya tidak menjangkakan sebarang kejutan,” kata Jeffrey Halley, penganalisis di platform perdagangan OANDA.

    Logo OPEC di luar ibu pejabat OPEC di Vienna, Austria, pada 3 Mac 2022. – AP

    Tiga belas anggota OPEC, dipengerusikan oleh Arab Saudi dan 10 rakan mereka, diketuai oleh Rusia, secara drastik mengurangkan pengeluaran pada 2020 ketika pandemik koronavirus dan sekatan pergerakan menyebabkan permintaan memuncak.

    Sejak tahun lalu, mereka secara beransur-ansur meningkatkan pengelua-ran sekali lagi.

    Beberapa bulan kebelakangan Amerika Syarikat dan pengguna minyak utama menggesa OPEC+ untuk menambah bekalan lebih banyak.

    Kumpulan itu memutuskan pada mesyuarat terakhirnya untuk menambah 648,000 tong sehari kepada pasaran pada Julai, meningkat 432,000 pada bulan sebelumnya.

    Sejak Rusia menyerang Ukraine bermula 24 Februari, tanda aras antarabangsa, Brent North Sea Crude, telah bertambah sekitar 17 peratus, sementara tanda aras AS, WTI telah melonjak lebih 18 peratus.

    Brent diniagakan pada harga AS$116.91 setong hari ini, sementara WTI pada harga AS$109.71. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...