Thursday, June 20, 2024
23 C
Brunei

    -

    OpenAI ‘henti’ suara AI yang seakan sama Scarlett Johansson

    SAN FRANCISCO, 21 MEI – Bintang filem Scarlett Johansson berkata kelmarin dia ‘terkejut’ dengan suara sintetik OpenAI yang kedengaran seperti suaranya walaupun selepas dia enggan bekerjasama dengan pembuat ChatGPT itu dalam projek sedemikian.

    Pusat kuasa kecerdasan buatan (AI) yang diketuai oleh Sam Altman berkata ia sedang berusaha untuk memadamkan suara yang berbunyi seperti Johannson yang dipanggil Sky.

    “Saya terkejut, marah, dan tidak percaya bahawa Altman akan menggunakan suara yang kedengaran sangat mirip dengan suara saya sehingga rakan-rakan terdekat saya dan saluran berita tidak dapat membezakannya,” kata Johannson dalam satu kenyataan.

    Johannson berkata Altman menawarkannya bekerja dengan OpenAI untuk mencipta suara sintetik, dengan mengatakan ia mungkin memberikan keselesaan kepada pengguna AI.

    Altman sebelum ini telah merujuk kepada watak bersuara Johansson dalam filem Her iaitu kisah tentang masa depan di mana seorang lelaki jatuh cinta dengan bot sembang AI dan juga sebagai inspirasi interaksi AI bagi Altman.

    Johannson berkata Altman menyindir persamaan suara itu adalah disengajakan apabila dia membuat hantaran, ”Dia” dalam laman X pada satu ketika.

    OpenAI sedang mengusahakan cara untuk ‘menghentikan’ Sky untuk menangani kekeliruan tentang siapa bunyinya, kata syarikat itu pada X.

    Johansson berkata dia telah meminta OpenAI menerangkan bagaimana Sky dibuat secara terperinci.

    Syarikat itu menjelaskan bahawa ia bekerja dengan pelakon suara profesional pada suara sintetik yang dinamakan Breeze, Cove, Ember, Juniper dan Sky. – AFP

    Scarlett Johansson ‘terkejut’ dengan suara sintetik OpenAI yang kedengaran seperti suaranya. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan keluar nasihat gelombang haba

    SEOUL, 19 JUN - Agensi cuaca Korea Selatan pada hari ini mengeluarkan nasihat gelombang haba ketika suhu meningkat di seluruh negara. Nasihat gelombang haba itu...