Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    OpenAI pelawa sejuta orang uji DALL-E

    SAN FRANCISCO, 21 JULAI – Sejuta orang tidak sabar-sabar untuk mencuba alat kecerdasan buatan (AI) baharu yang membolehkan mereka mencipta imej hanya dengan menggambarkannya dengan perkataan, akan dapat digunakan tidak lama lagi, kata penciptanya kelmarin.

    Firma penyelidikan AI, OpenAI sedang menjalankan ujian beta dengan berskala besar untuk produk mereka iaitu DALL-E, perisian canggih yang boleh mencipta imej daripada penerangan teks.

    Namun kemunculan AI telah menyebabkan manusia berasa khuatir akan diganti oleh mesin dalam apa sahaja bidang dari perkhidmatan pelanggan hingga kewartawanan, sementara peminat melihat teknologi itu lebih kepada satu peluang berbanding ancaman.

    Sebuah rakaman video yang mempamerkan alat tersebut di laman sesawang syarikat menunjukkan DALL-E menghasilkan imej beruang kutub yang sedang bermain gitar, foto koala sedang menjaringkan bola keranjang, dan lukisan Mona Lisa yang terkenal tetapi memakai gaya rambut mohawk.

    “Kami sudah menyaksikan orang menggunakan DALL-E dalam pembikinan video muzik untuk pesakit kanser yang masih muda, menghasilkan muka depan majalah, dan menghidupkan konsep baharu,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan. Firma OpenAI berkata jemputan akan dihantar dalam beberapa minggu akan datang kepada sejuta orang dalam senarai menunggu untuk mencuba versi terkini alat tersebut.

    Di tengah-tengah kekhuatiran bahawa peralatan tersebut atau yang serupa boleh disalahgunakan dalam kegiatan menyebarkan maklumat palsu, OpenAI berkata ia akan bekerjasama dengan penyelidik dan pemaju untuk membina sistem perlindungan bagi membendung penyalahgunaan, sebagai contoh DALL-E digunakan untuk aktiviti penipuan.

    Sistem tapisan disertakan dalam DALL-E untuk menyekat kandungan yang berkaitan dengan keganasan, politik, seksual atau lainnya yang telah dilarang dalam perundangan, dan sistem itu direka untuk mengelak andaian tentang bangsa atau jantina, kata OpenAI. – AFP

    OpenAI akan membuka perisian AI kepada sejuta orang supaya mereka boleh mencipta imej dengan hanya menggunakan perkataan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...