Thursday, December 7, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    OpenAI perkenal keupayaan suara, imej baharu dalam ChatGPT

    SAN FRANCISCO, 26 SEPT – Syarikat penyelidikan kecerdasan buatan (AI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat, OpenAI pada kelmarin mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan keupayaan suara dan imej baharu dalam ChatGPT.

    “ChatGPT kini boleh melihat, mendengar dan bercakap,” Agensi Anadolu memetik kenyataan syarikat itu menerusi catatan blog.

    Keupayaan baharu itu menawarkan jenis ‘interface’ (mengantaramukakan) yang lebih bersifat intuitif dengan membenarkan pengguna untuk berbual atau menunjukkan kepada ChatGPT apa yang mereka bincangkan.

    Pengguna boleh mengambil gambar mercu tanda semasa melancong dan kemudian mendapat maklumat secara langsung tentang perkara yang menarik mengenainya, menurut syarikat itu.

    Di samping itu, mereka boleh menggunakan suara untuk berbual dengannya.

    Keupayaan baharu itu akan tersedia kepada pengguna ChatGPT Plus dan perusahaan dalam tempoh dua minggu akan datang. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...