Monday, March 27, 2023
21.9 C
Brunei

-

OpenAI perkenal versi ChatGPT lebih kreatif

SAN FRANCISCO, 15 MAC – Syarikat di sebalik aplikasi ChatGPT yang menghasilkan esei, puisi atau kod komputer semalam mengeluarkan pengemaskinian teknologi kecerdasan buatannya (AI) yang dikatakannya lebih selamat dan lebih tepat berbanding aplikasi sebelumnya.

GPT-4 telah lama dinanti-nantikan sejak ChatGPT dilancarkan pada November lalu, mengagumkan pengguna dengan keupayaannya yang berdasarkan pada versi teknologi OpenAI yang lebih lama, dikenali sebagai model bahasa besar.

“Kami telah mencipta GPT-4, peristiwa penting terbaharu dalam usaha OpenAI untuk mempertingkat lagi pembelajaran,” menurut blog syarikat, menambah teknologi AI ‘menunjukkan prestasi peringkat manusia’ untuk beberapa tugas profesional dan akademik.

Syarikat itu berkata model tersebut ‘adalah lebih kreatif dan kolaboratif berbanding sebelumnya dan akan menyelesaikan masalah sukar dengan lebih tepat daripada versi sebelum ini’.

Dengan pengemaskinian itu, respons teks daripada GPT-4 akan menjadi lebih tepat dan pada masa depan akan datang daripada imej dan input teks seiring dengan kemajuan pesat teknologi, walaupun aspek ini masih belum dilancarkan.

Misalnya, jika seorang pengguna menghantar gambar mengenai bahagian dalam peti sejuk, GPT-4 bukan sahaja mengenal pasti dengan betul apa yang ada di dalam, tetapi juga menyebut hidangan yang boleh disediakan dengan ramuan berkenaan. – AP

Gambar fail bertarikh 23 Januari 2023 di Toulouse, barat daya Perancis menunjukkan skrin memaparkan logo OpenAI dan ChatGPT. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -