Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Operasi kaunter pos, JPD

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Bermula Fasa Awal Endemik hari ini, operasi kaunter perkhidmatan di Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP) dan kaunter perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) akan dibukakan kepada orang ramai.

    Kaunter perkhidmatan di JPP akan beroperasi bermula dari pukul 8 pagi hingga pukul 3 petang, manakala operasi waktu bekerja bagi kaunter-kaunter di JPD ialah dari pukul 8 hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3 petang iaitu waktu biasa seperti sebelum ini.

    Perkara tersebut antara yang dijelaskan oleh Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof semasa sidang media, hari ini.

    Yang Berhormat Dato juga menyatakan had kapasiti pengunjung adalah mengikut SOP yang dikongsikan sebelum ini iaitu 75 peratus dengan Ibu Pejabat JPD juga akan turut dibukakan pada waktu tengah hari iaitu dari jam 11:30 hingga 3 petang bagi perkhidmatan kaunter pembaharuan lesen kenderaan dan lesen memandu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda