KYIV, UKRAINE, 17 NOV – Tentera marin Ukraine hari ini berkata pasukan mereka telah melakukan beberapa siri serangan ke atas tebing timur Sungai Dnipro yang diduduki Rusia berhampiran bandar selatan Kherson.
Laluan air itu adalah barisan hadapan de facto di selatan negara itu, tetapi Rusia mengakui buat kali pertama minggu ini bahawa tentera Ukraine telah menawan kembali beberapa buah wilayah di tebing bertentangan.
“Pasukan Pertahanan Ukraine menjalankan beberapa siri operasi yang berjaya di tebing kiri Sungai Dnipro, di sepanjang Kherson,” kata tentera marin dalam satu kenyataan di media sosial.
“Dengan kerjasama unit-unit lain pasukan pertahanan, berjaya mengawal beberapa buah jambatan,” menurut kenyataan itu.
Tentera Rusia dan Ukraine telah menguasai di seberang Sungai Dnipro sejak Moscow menarik diri dari bahagian barat wilayah Kherson November lalu.
Pegawai yang dilantik oleh Rusia yang bertanggungjawab untuk Kherson yang diduduki minggu ini mengakui bahawa beberapa tentera Ukraine ‘disekat’ di Krynky, sebuah kampung kecil di tebing timur Dnipro di Sungai Dnipro, dan menghadapi ‘serangan bertubi-tubi’ dari artileri Rusia, roket dan dron.- AFP
