Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Operasi maut, polis dan informan dihukum gantung

    BAGHDAD, 14 FEB – Mahkamah Iraq menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang pegawai polis dan seorang pemberi maklumat berikutan satu operasi yang meragut nyawa 20 individu daripada satu keluarga pada Disember lalu.

    Hukuman itu diputuskan mahkamah jenayah Babylon, namun sumber mahkamah memaklumkan kedua-dua lelaki itu masih boleh mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.

    Sumber memaklumkan, selain pemberi maklumat itu, seorang pegawai perisikan daripada Kementerian Dalam Negeri yang mengetuai operasi itu turut dikenakan hukuman mati.

    Selain itu, 18 individu lain, termasuk orang awam dan anggota keselamatan yang terbabit dalam operasi berkenaan, sedang menunggu hukuman diputuskan.

    “Mahkamah jenayah Babylon menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada dua defendan. Defendan lain akan dibicarakan kemudian,” kata Majlis Kehakiman Agung, seperti dilaporkan agensi berita INA.

    Pada Disember lalu, pasukan keselamatan melepaskan tembakan terhadap sebuah rumah di kampung Al-Rashayed, Babylon, yang meragut 20 nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak, atas alasan mengejar dua individu disyaki pengganas. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...