DHARAMSALA, India, 14 Ogos – Tentera dan anggota sukarela meneruskan operasi menyelamat pada pagi ini selepas mengeluarkan 46 mayat daripada lumpur yang ditinggalkan akibat runtuhan tanah yang memerangkap dua buah bas dan menghanyutkan rumah di kaki bukit utara Himalaya.
Runtuhan tanah biasa berlaku ketika hujan lebat musim monsun India, dan kawasan sekitar kampung Urla di negeri Himachal Pradesh telahpun dibasmi hutan, menambah lagi keadaannya yang mudah terdedah kepada runtuhan tanah.
Hujan sekali-sekala telahpun menghambat kerja-kerja menyelamat dan tentera terpaksa berhenti lewat semalam dengan lebih banyak hujan mengancam akan mencetuskan satu lagi runtuhan tanah, kata penguasa polis Ashok Sharma hari ini.
Tentera berjaya mengeluarkan 46 mayat daripada bas yang ditimbus dengan batu dan lumpur.
Dua bas, dua kereta dan sebuah motosikal telahpun terperangkap di lebuh raya oleh runtuhan tanah semalam, kata pegawai daerah Mandi Sandeep Kadam.

Dengan batu menyekat beberapa tempat, tentera menggunakan penyodok untuk mengalihkan batu, batu tongkol dan serpihan yang menimbus bas dan mengeluarkan mayat. Peralatan mengeluarkan tanah dibawa masuk kemudian untuk mempercepat operasi pembersihan.
Sharma, yang menyelia operasi menyelamat, berkata jumlah kematian mungkin meningkat dan beliau tidak menaruh harapan untuk mangsa yang selamat. “Salah sebuah bas ditimbus di bawah lumpur sedalam hampir 15 meter. Ia akan mengambil masa beberapa jam untuk mengeluarkan bas.”
Perdana Menteri Narendra Modi menyampaikan ucapan takziah di twitter: “Sedih akibat kehilangan nyawa disebabkan runtuhan tanah berkaitan dengan kemalangan di daerah Mandi. Ucapan takziah saya kepada keluarga yang terkorban.” – AP