Operasi menyelamat pelombong diteruskan

BEIJING, 19 JAN – Penyelamat China hari ini menggali beberapa lubang baharu untuk menjangkau sekurang-kurangnya 12 pelombong emas yang terperangkap di bawah tanah selama sembilan hari, tatkala mangsa kini berdepan dengan kekurangan bekalan makanan dan air.

Seramai 22 pekerja terperangkap di bawah tanah sedalam 540 meter di kawasan perlombongan Hushan berhampiran Yantai di wilayah timur Shandong China selepas letupan berlaku di kawasan pintu masuk ke lombong tersebut.

Selepas berhari-hari tanpa sebarang tanda-tanda mangsa terselamat, beberapa pelombong yang terperangkap berjaya menghantar nota yang dilekatkan pada dawai logam yang ditemui penyelamat, kelmarin.

Memohon pertolongan, mesej tulisan tangan itu adalah sebagai tindak balas daripada mereka yang masih hidup dan kini memerlukan bekalan perubatan segera.

Beberapa pelombong mengalami kecederaan, menurut catatan nota itu. – AFP

Gambar fail pada 12 Januari lalu menunjukkan anggota penyelamat ketika melakukan operasi menyelamat di lokasi letupan lombong emas di Oixia, China. – AFP