Operasi menyelamat ‘tidak perlu’ berleluasa di Nepal

PARA pelancong yang mendaki di kawasan pergunungan Himalaya, Nepal, kini berdepan tekanan disebabkan oleh harga pemindahan dengan menggunakan helikopter yang dikaitkan dengan kekuasaan broker, meraih keuntungan dengan operasi ‘tidak perlu’, pihak industri dalaman negara itu berkata.

Operator yang tidak jujur telah melakukan penyelewengan ribuan dollar dari syarikat-syarikat insurans dengan menuntut beberapa tuntutan selepas menerbangkan satu operasi menyelamat atau memaksa pendaki untuk menerima bantuan udara bagi mengambil pendaki yang mengalami kecederaan biasa, sebuah penyiasatan dari pihak AFP telah menyatakan.

Manakala bagi kes yang lain, jurupandu pendakian, berjanji untuk mendapatkan komisen jika mereka berjaya mendapatkan pendaki yang ingin kembali ke kawasan perkhemahan dengan helikopter, turut menawarkan penggunaan helikopter untuk pendaki yang sudah letih sebagai salah satu cara untuk kembali ke kawasan khemah dengan cepat namun pada realitinya jurupandu itu menjadikan mereka mangsa sebagai operasi menyelamat kepada syarikat-syarikat insurans.

Kegiatan itu semakin berleluasa dan juruterbang helikopter sering melaporkan proses ‘menyelamatkan’ pelancong yang kelihatan masih lagi sihat.

“Ia merupakan satu skim yang membawa ketidakjujuran dan ia berlaku secara besar-besaran di seluruh Nepal,” kata Jonathan Bancroft, Pembantu Kembara UK, yang membawa peralatan perubatan di Nepal sebagai wakil syarikat insurans kembara global.

Apa yang pasti, kini pakaian untuk pendakian bagi memastikan ia dapat dikesan oleh helikopter adalah lebih mahal berbanding dengan pembayaran untuk kembara pendakian itu sendiri, menyebabkan kebimbangan khususnya dalam proses menyelamat di kawasan tertinggi tarikan pelancong dari seluruh dunia itu, Himalayas yang terkenal.

Pembantu pengembaraan itu berkata bahawa tahun 2017 merupakan tahun yang paling mahal sekali yang pernah dicatatkan untuk beberapa buah syarikat insurans bagi menangani masalah pelancong di Nepal berikutan kekerapan helikopter yang digunakan untuk operasi menyelamat, namun tahun ini, catatan itu akan dijangka akan lebih tinggi.

Tidak terdapat pusat utama bagi helicopter-helikopter ini untuk berkumpul di Nepal, menyebabkan agak sukar untuk mengira sebanyak mana operasi menyelamat telah dijalankan. Akan tetapi semenjak enam tahun yang lalu di kawasan udara di pergunungan Everest, telah menjadi laluan lebuh raya kepada helicopter ini, di mana enam helikopter telah ‘keluar masuk’ ke kawasan pergunungan itu, menurut data industri di negara berkenaan.

“Kami sering kali melihat, mungkin satu atau dua helikopter dalam masa dua atau tiga hari. Kini, kami sering melihat 10 atau lebih dalam masa satu hari,” kata Thanishwar Bhandari, yang bekerja di sebuah klinik kecil di kawasan Everest.

Sementara itu, seorang warga asing dan juruterbang helikopter, berkata bahawa operasi menyelamat dicatatkan tertinggi pada bulan April dan Mei tahun ini.

“Saya rasa, hanya tiga sahaja pendaki yang betul-betul sakit yang telah saya bawa ke kawasan perkhemahan,” katanya lagi kepada media AFP.

Diberitahu untuk menipu

Pendaki dari Australia, Jessica Reeves telah digesa oleh jurupandunya untuk meninggalkan kawasan pendakian dengan menggunakan helikopter dari kawasan perkhemahan berdekatan pada bulan Oktober 2017 apabila dia mengadu kepada jurupandu, dia seperti hendak demam.

“Dia sering kali memberitahu saya untuk mendapatkan helikopter,” tambah Reeves lagi kepada AFP. “Dia memberitahu saya, jika saya teruskan, keadaan akan berisiko tinggi, lantas, mengarahkan saya untuk kembali semula ke kawasan perkhemahan,” jelasnya lagi.

Kegiatan menyelamat ‘tidak perlu’ semakin berleluasa dan juruterbang helikopter sering melaporkan proses ‘menyelamatkan’ pelancong yang kelihatan masih lagi sihat. – AFP
Gunung Everest, gunung paling tinggi di dunia. – AFP

Reeves berkata sekitar sembilan atau 10 pendaki dalam kumpulannya berakhir untuk kembali semula ke Kathmandu dengan menggunakan tiga buah helikopter akan tetapi diarah untuk berkata mereka berseorangan ketika diarah untuk kembali semula ke Kathmandu.

Dia mendakwa syarikat tersebut, Himalayan Social Journey, di mana telah membilkan pelancong untuk insurans di sepanjang penerbangan itu, dianggarkan sekitar AS$35,000 dalam proses.

“Dia beritahu kami untuk menipu syarikat insurans dan berkata hanya seorang sahaja di dalam helikopter di mana sebenarnya ada tiga atau empat orang dari kami,” tambahnya lagi. Insurans Reeves dalam kes itu telah ditolak disebabkan oleh polisinya yang telah mansuh.

Pemilik syarikat, Ram Sapkota, menafikan bahawa syarikat insuransnya telah membil setiap seorang di sepanjang penerbangannya itu.

“Mereka menuntut insuran yang dikongsi bersama dan kami menerima duit dari insurans,” katanya sambil mengambil kira dakwaan itu adalah palsu.

Sapkota menyalahkan peningkatan bilangan operasi helikopter dari kawasan Himalayas disebabkan oleh pendaki yang malas dan hipokondria. “Apabila seorang klien jatuh sakit, kemudian semua kumpulan akan berkata, saya rasa tidak selamat dan pergi sahaja,” jelasnya lagi.

Temu bual bersama AFP, mendedahkan setiap peringkat ada pemainnya sendiri yang mana mendedahkan teknik jurupandu, operator pendakian, pemilik penginapan dan syarikat-syarikat charter yang berlakon sebagai seorang broker, bermain sesama sendiri semata-mata hanya untuk mendapatkan yuran menyelamat.

Seorang pengurus yang tidak mahu didedahkan namanya berkata bahawa mereka membayar AS$500 kepada broker setiap operasi menyelamat. “Jika mereka tidak mahu membayar, kami tidak akan dapat berniaga,” tambah pengurus itu kepada AFP lagi.

Untuk keselamatan

Manakala bagi industri pendakian di Nepal, mengalami sedikit kejatuhan berikutan gempa bumi yang berlaku pada tahun 2015. Akan tetapi para pelancong masih mahu kembali ke situ di mana pada bulan Mac sehingga bulan Mei 2014, dianggarkan sekitar 20,000 warga asing telah melawat Taman Kebangsaan Sagarmatha, rumah kepada Gunung Everest, menurut catatan daripada pihak kerajaan. – AFP