SINGAPURA, 22 Ogos- Penyelam-penyelam Tentara Laut dan Marine Corps akan memasuki kawasan di bahagian USS John S.McCain untuk mencari 10 anak kapal yang hilang selepas kapal pemusnah itu dan sebuah kapal minyak bertembung di perairan Asia Tenggara, kata 7th Fleet hari ini.
Pencarian dilaut yang dilakukan oleh pesawat udara dan kapal –kapal dari tentera laut AS, Singapura dan Malaysia akan diteruskan ke timur Singapura di mana McCain dan kapal pengangkut tersebut bertembung semalam, menurut kenyataan dikeluarkan 7the Fleet, tetapi tumpuan adalah terhadap McCain itu satu tamparan kepada keluarga –keluarga yang masih berharap bagi berlakunya keajaiban.
“Dilengkapi dengan rig udara terapung, penyelam akan memasuki bahagian yang ditutup yang teletak dalam bahagian kapal yang rosak,” menurut kenyataan yang mengumumkan penyelam telah menyertai pencarian tersebut. “Tambahan, mereka akan melakukan penilaian kerosakan terhadap kawasan yang dibanjiri dan badan kapal.”
Ikuti berita lanjut dalam Media Permata