Operasi Pumpung: Dua lagi warga asing ditahan

Oleh Salawati Haji Yahya

BELAIT, 26 NOV – Dua orang warga asing telah ditahan dalam Operasi Pumpung yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) Kuala Belait ke atas sebuah rumah sewa pekerja asing di Kampung Sungai Bakong, Lumut, kelmarin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JIPK, semasa pemeriksaan itu, salah seorang daripada warga asing berkenaan telah gagal mengemukakan sebarang pas imigresen yang sah dan siasatan dijalankan di bawah Bab 15 (1) Akta Imigresen Penggal 17 manakala itu, seorang lagi dipercayai melindu-ngi pesalah imigresen iaitu kesalahan di bawah Bab 55 (1) (d) Akta Imigresen Penggal 17.

Kenyataan menekankan, Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang JIPK akan terus meningkatkan aktiviti pe-nguatkuasaan di negara ini dengan melaksanakan pemantauan, operasi dan pemeriksaan secara berterusan dengan berpandukan kepada maklumat yang ada sama ada secara bersendirian atau bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain.

Ke arah aktiviti tersebut, JIPK turut mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah Imigresen.

Dua orang warga asing yang ditahan dalam operasi berkenaan. – Gambar serahan JIPK