Wednesday, January 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Operasi Siaga catat dua kesalahan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Sebanyak dua kesalahan telah dicatat di bawah Perintah Pekerjaan 2009 yang dilakukan oleh majikan yang melibatkan lapan orang pekerja tempatan iaitu kesalahan di bawah Bab 10, iaitu pekerja tidak disediakan kontrak perkhidmatan secara bertulis, serta Bab 112(2), iaitu melanggar syarat-syarat Lesen Pekerja Asing di mana pekerja asing berjawatan sebagai guru didapati melakukan pekerjaan sebagai kakitangan pentadbiran.
     
    Kesalahan yang dilakukan ini didapati semasa Operasi Siaga 266/2024 yang dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh, baru-baru ini, bagi kegiatan pendidikan swasta di kawasan Kampung Anggerek Desa.
     
    Operasi itu antara lain bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dipatuhi oleh para majikan.
     
    Bagi kesalahan melanggar Perintah Pekerjaan 2009, majikan boleh dikenakan kompaun tidak lebih daripada $1,000 bagi kesalahan tersebut, dan jika gagal membayar kompaun, majikan akan dihadapkan ke mahkamah. 
     
    Sehubungan itu, Jabatan Buruh ingin mengingatkan majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti majikan yang menggaji tempatan dan asing hendaklah menyediakan kontrak perkhidmatan secara bertulis antara majikan dan pekerja.
     
    Selain itu,  majikan juga tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing iaitu mengaji pekerja asing hendaklah selaras dengan jawatan yang dibenarkan. 
     
    Untuk maklumat lebih lanjut, bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 semasa waktu bekerja, atau 7298989 di luar waktu bekerja.
     
    ATAS & BAWAH : Pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan di kawasan Kampung Anggerek Desa baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH
    GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda