Operasi syarikat tertakluk kepada BCP

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Operasi sesebuah syarikat atau institusi itu adalah tertakluk kepada pelan kelangsungan perniagaan (BCP) yang dilaksanakan oleh syarikat atau institusi berkenaan.

Perkara berkenaan dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar ketika menjawab persoalan mengenai sebuah syarikat yang masih beroperasi seperti biasa sedangkan adanya kakitangan positif COVID-19, semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

Yang Berhormat Dato menjelaskan, syarikat berkenaan telah mampu menunjukkan BCP iaitu menggunakan pekerja di cawangan lain untuk menggantikan pekerja menjalani tempoh kuarantin mereka.

“Jika syarikat atau institusi yang mempunyai BCP seperti ini, tidak menjadi masalah dan seterusnya berharap kedai-kedai lain pun dapat merancang awal BCP mereka,” tambah beliau.