Operasi talian 145 semasa Aidiladha

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, memaklumkan mengenai perubahan waktu operasi bagi perkhidmatan Talian Harapan 145 semasa hari kelepasan awam bagi Sambutan Hari Raya Aidiladha nanti.

Menurut kenyataan tersebut, pada 1 Ogos nanti, perkhidmatan Talian Harapan 145 akan beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 4 petang. Kementerian Kesihatan dalam kenyataan itu juga, memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi dengan perubahan waktu operasi itu.

Orang ramai yang berhasrat untuk mendapatkan maklumat lanjut, mereka boleh menghubungi Talian Darussalam 123 pada bila-bila masa.