Saturday, January 18, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Operator Taska perlu hubungi penjaga sekiranya anak tidak hadir – Nancy

    KUCHING, 13 NOV – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia akan mewajibkan operator Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) menghubungi ibu bapa sekiranya anak mereka tidak hadir bagi mengelakkan kes kematian kanak-kanak tertinggal di dalam kereta.

    Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata prosedur operasi standard (SOP) berkenaan perlu dikemas kini susulan beberapa kes yang berlaku sejak kebelakangan ini selepas penjaga terlupa menurunkan anak mereka di premis taska dan meninggalkan mereka di dalam kereta.

    “Sekiranya ibu bapa tidak dapat dihubungi, perlu juga ada nombor telefon kecemasan bagi membolehkan taska menghubungi seperti ahli keluarga terdekat.

    “Namun ada yang saya tak boleh lakukan sebab ia di bawah kementerian berbeza, contohnya orang melarang penggunaan cermin kereta gelap. Ia bukan di bawah bidang kuasa saya, jadi saya hanya boleh lakukan sesuatu yang di bawah bidang kuasa saya,” katanya kepada pemberita selepas majlis Malam Media Sarawak, kelmarin.

    Setakat Oktober lepas sehingga kini, beliau berkata sejumlah tiga kes kanak-kanak maut berikutan tertinggal di dalam kereta telah dilaporkan. – Bernama

    Datuk Seri Nancy Shukri bercakap pada sidang media di Pusat Dagangan Kuala Lumpur pada 6 November. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda