Oppo A5 tampil paparan FullView

OPPO minggu lalu, telah melancarkan telefon pintar terbaharunya, Oppo A5 yang menonjolkan panel belakang dengan tekstur ilusi, direka menggunakan teknologi mikrohabluran kristal skala-nano.

Oppo A5 mempunyai dua kamera belakang, kamera selfie dikuasakan AI dan takuk paparan. Ia didatangkan dalam pelbagai pilihan warna dan rangka kemasan metal.

Secara terperinci, peranti dual-SIM (Nano) ini menggunakan ColorOS 5.1 berasaskan Android 8.1 Oreo dan menonjolkan paparan FullView HD+ (720×1520 piksel) 6.2 inci dengan nisbah bidang 19:9 dan nisbah skrin ke rangka 87.9 inci. Panel paparannya dilindungi panel kaca melengkung 2.5D.

Bahagian dalamannya pula terdapat SoC lapan teras Qualcomm Snapdragon 450 berkelajuan 1.8GHz dengan GPU Adreno 506 dan RAM 4GB.

Seperti yang disebutkan, A5 dilengkapi dua kamera belakang yang merangkumi sensor utama 13MP dengan apertur f/2.2 di samping sensor kedua 2MP dengan apertur f/2.4, disokong denyaran LED.

Di depan pula terdapat sensor 8MP dengan apertur f/2.2. Sensor depan dikuasakan dengan senarai ciri pencantik AI dan berkeupayaan mengecam sehingga 296 ciri muka.

Oppo mempunyai storan dalaman 64GB yang boleh ditambah menerusi kad mikroSD (sehingga 256GB).

Daripada segi sambungannya, Oppo A5 mempunyai 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11 b/g/n, Bluetooth v4.2, GPS/ A-GPS, Mikro-USB dan jek audio 3.5mm. Ia juga mempunyai bateri 4,230mAh dan berukuran 156.2×75.6×8.2mm.

SAHAM
TerdahuluSony lancar Xperia XA2 Plus
SeterusnyaSurface bajet