Oppo F11 Pro gamit hati pelanggan

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Telefon pintar Oppo telah memenangi hati orang Brunei dengan ciri-ciri kualiti dan harga yang berpatutan, ini terbukti dengan jumlah besar pelanggan semasa jualan pertama model F11 Pro terbaharu di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), semalam.

Lebih 200 orang peminat Oppo menghadiri acara tersebut yang majoriti pelanggan telah membuat tempahan awal telefon pintar tersebut beberapa minggu sejak pelancarannya melalui Vicom Enterprise, pengedar rasmi produk OPPO di Brunei.

Pada harga yang berpatutan, telefon pintar kemegahan baharu daripada Oppo ini menampilkan skrin panorama 6.5 inci, RAM 6GB dan storan dalaman 128GB dan sistem operasi Android terbaharu.

Selain itu, ia dilengkapi dua kamera belakang iaitu 48MP dan 5MP di samping kamera pop-up 16MP di depan. Oppo F11 Pro juga didatangkan dengan bateri 4,000 mAh dengan pengecas Oppo Vooc 3.0.

Beg hadiah juga diberikan kepada pelanggan yang membuat tempahan awal yang disampaikan oleh Pengurus Besar Vicom Enterprise, Kevin Lim.

Pelanggan-pelanggan yang mengunjungi petak jualan telefon pintar di Kompleks Membeli-Belah Yayasan semalam bagi membeli model F11 Pro terbaharu.