BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran sivik orang awam mengenai disiplin menjaga kebersihan tempat awam khususnya dalam acara keramaian melibatkan pengunjung dari dalam dan luar negara, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (BSB) bersama-sama Jabatan Daerah Brunei dan Muara mengadakan Operasi Bersepadu Bersih 67/2018 semasa acara keramaian di sini, hari ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bandaran BSB, pemeriksaan dan pemantauan di Taman Mahkota Jubli Emas dan Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien turut dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe).
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)