Wednesday, December 7, 2022
24.6 C
Brunei

-

Ops buru majikan degil daftar Perkeso di Keningau

KENINGAU, 21 Julai – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melancarkan Op Kesan di seluruh kawasan daerah ini bagi mengesan majikan yang belum mendaftar pekerja sebagai pencarum.

Pengurus Perkeso Keningau Rijal Jamalludin berkata operasi itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Mana-mana majikan yang didapati ingkar boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 94 dan 95 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 yang membawa hukuman kompaun,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar majikan di seluruh Keningau mengambil tahu tentang kepentingan mendaftarkan perusahaan mereka serta pekerja masing-masing kepada Perkeso, bagi memastikan kedua-dua pihak mendapat perlindungan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kemalangan semasa bekerja.

Beliau berkata sejak Januari sehingga Jun tahun ini seramai 13 majikan di Keningau dikenakan kompaun kerana didapati belum mendaftar pekerja sebagai pencarum. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penghormatan buat Jiang Zemin

BEIJING, 6 DIS – Siren kedengaran di seluruh China hari ini ketika Parti Komunis mengadakan perkabungan bekas pemimpin, Jiang Zemin, memberi penghormatan kepadanya sebagai...
- Advertisment -