Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Ops Peralihan: 2 kompaun dikeluarkan

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan Kem. Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Dua pelanggaran arahan telah didapati semasa sekatan pergerakan Operasi Peralihan yang dijalankan di seluruh negara dari jam 12 tengah malam hingga jam 4 pagi tadi.

    Satu daripada kesalahan tersebut adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah.

    Manakala, satu lagi kesalahan adalah disebabkan tidak memakai pelitup muka, kongsi Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, petang tadi.

    Menurut beliau, kedua-dua kesalahan tersebut didapati berlaku di Daerah Brunei dan Muara.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada sidang media tersebut turut menyeru orang ramai agar sama-sama berdoa dan memohon ke hadrat Allah SWT semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa dipelihara dan dilindungi daripada segala bahaya, semua rakyat dan penduduknya diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan daripada segala penyakit khususnya penyakit COVID-19.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...