Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ops Peralihan: 4 kompaun dikeluarkan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Empat pelanggaran arahan telah didapati semasa sekatan pergerakan Operasi Peralihan yang dijalankan di seluruh negara dari jam 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi.

    Tiga kesalahan daripadanya adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah, manakala satu lagi pelanggaran arahan adalah bagi kesalahan tidak mempunyai aplikasi BruHealth, menurut kenyataan yang dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Ke-wangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Pesalah-pesalah yang didapati di kawasan Daerah Brunei dan Muara itu telah dikeluarkan denda kompaun.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...