Oleh Syahmi Hassan
Gambar serahan Kementerian Kesihatan
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Lima pelanggaran arahan telah didapati semasa sekatan pergerakan Operasi Peralihan yang dijalankan dari pukul 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi.
Daripada jumlah tersebut, empat pelanggaran arahan adalah bagi kesalahan melanggar arahan bertahan di rumah, manakala satu lagi adalah atas kesalahan tidak mempunyai aplikasi BruHealth.
Perkara itu telah dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan dalam kenyataan mengenai Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada hari ini.
Sementara itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan menyatakan, tiga kesalahan telah didapati di kawasan Daerah Brunei dan Muara, manakala itu, dua lagi kesalahan di Daerah Tutong.