Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Ops Peralihan: 5 kompaun dikeluarkan

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Lima pelanggaran arahan telah didapati semasa sekatan pergerakan Operasi Peralihan yang dijalankan di seluruh negara dari jam 12 tengah malam hingga jam 4 pagi tadi. 

    Kesemua kesalahan tersebut adalah pelanggaran arahan berada di rumah, kongsi Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Kesalahan tersebut didapati berlaku di Daerah Brunei dan Muara.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada sidang media tersebut turut menyeru orang ramai untuk sama-sama berdoa dan memohon ke hadrat Allah SWT semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa dipelihara dan dilindungi dari segala bahaya, semua rakyat dan penduduknya diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan daripada segala penyakit khususnya penyakit COVID-19.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...