Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Ops Peralihan: 5 kompaun dikeluarkan

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Hasil daripada pemantauan agensi-agensi penguatkuasaan yang dijalankan semasa Operasi Peralihan di seluruh negara dari 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi, lima pelanggaran arahan telah dikeluarkan denda kompaun.

    Empat daripadanya adalah bagi kesalahan melanggar arahan berada di kediaman, manakala satu lagi atas kesalahan tidak mempunyai aplikasi BruHealth.

    Perkara itu telah dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan dalam Siaran Akhbar bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, hari ini.

    Sementara itu Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataannya hari ini mengongsikan bahawa kelima-lima pelanggaran arahan tersebut didapati di Daerah Brunei dan Muara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...