Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Ops Peralihan: 5 pelanggaran arahan dicatat

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Lima pelanggaran arahan telah didapati semasa sekatan pergerakan Operasi Peralihan yang dijalankan di seluruh negara dari 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi. 

    Kesemua kesalahan tersebut adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah, kongsi Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menurut beliau, kelima-lima kesalahan sekatan pergerakan tersebut didapati berlaku di Daerah Brunei dan Muara.

    Yang Berhormat Dato pada sidang media tersebut turut menyeru orang ramai untuk sama-sama berdoa dan memohon kehadrat Allah SWT semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa dipelihara dan dilindungi daripada segala bahaya, semua rakyat dan penduduknya diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan daripada segala penyakit khususnya penyakit COVID-19.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    29 pemberontak ditembak polis

    NEW DELHI, 17 APRIL - Polis di India menembak sekurang-kurangnya 29 pemberontak Maois di Chhattisgarh kelmarin, menurut pihak berkuasa, tiga hari sebelum permulaan pilihan...