Oleh Syahmi Hassan
Gambar serahan Kementerian Kesihatan
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Dua pelanggaran arahan telah didapati semasa sekatan pergerakan Operasi Peralihan yang diadakan di seluruh negara dari jam 12 tengah malam hingga jam 4 pagi tadi.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, satu daripadanya adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah.
Beliau berucap demikian semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.
Manakala satu lagi adalah atas kesalahan tidak mempunyai aplikasi BruHealth. Para pesalah, menurut Yang Berhormat Dato, telah pun dikeluarkan denda kompaun. Kedua-dua kesalahan tersebut telah didapati di kawasan Daerah Brunei dan Muara.