Oleh Yusrin Junaidi
Gambar serahan Kementerian Kesihatan
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 DIS – Enam pelanggaran arahan telah dikesan semasa Operasi Peralihan yang dijalankan di seluruh negara bermula 10 malam hingga 4 pagi tadi dan para pesalah telah dikenakan denda kompaun.
Kesemua kesalahan tersebut merupakan pelanggaran arahan untuk berada di rumah dan tidak ada kesalahan lain dilaporkan, jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.
Manakala itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan menyatakan bahawa dua daripada kesalahan berkenaan didapati di Daerah Brunei dan Muara dan empat lagi di Daerah Temburong.