Oleh Syahmi Hassan
Gambar serahan Kem. Kesihatan
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Enam pelanggaran arahan telah didapati semasa Operasi Peralihan yang dijalankan di seluruh negara dari jam 10 malam hingga 4 pagi tadi, dan para pesalah telah dikeluarkan denda kompaun.
“Empat daripadanya adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar.
Beliau telah memaklumkan perkara tersebut semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.
Manakala dua pelanggaran arahan lain yang didapati ialah atas kesalahan tidak mempunyai aplikasi BruHealth.
Menurut kenyataan terkini Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), kesemua enam kesalahan di hari ke-20 Operasi Peralihan itu didapati di Daerah Brunei dan Muara.