Ops Peralihan: Enam pelanggaran direkodkan

Oleh Yusrin Junaidi
Gambar serahan Kem. Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Enam pelanggaran arahan telah dikesan semasa Operasi Peralihan yang dijalankan di seluruh negara bermula 10 malam hingga 4 pagi tadi dan para pesalah telah dikenakan denda kompaun.

“Dua kesalahan berkenaan adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah, tiga kesalahan tidak memiliki aplikasi BruHealth dan satu kesalahan tidak memakai pelitup muka,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan pula menyatakan bahawa dua kesalahan berkenaan didapati di Daerah Brunei dan Muara manakala itu, empat kesalahan di Daerah Belait.