Oleh Syahmi Hassan
Gambar serahan Kementerian Kesihatan
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JAN – Hasil pemantauan agensi-agensi penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negara semasa Operasi Peralihan dari pukul 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi, hanya satu pelanggaran arahan telah dikeluarkan denda kompaun.
Kesalahan berkenaan adalah bagi pelanggaran arahan berada di kediaman menurut Siaran Akhbar bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, hari ini.
Manakala itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataannya mengongsikan bahawa pelanggaran arahan tersebut didapati di Daerah Brunei dan Muara.