Ops Peralihan: Hanya dua pelanggaran arahan dikesan

Oleh Yusrin Junaidi
Gambar serahan Kementerian Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Hanya dua pelanggaran arahan telah direkodkan semasa Operasi Peralihan yang dijalankan bermula 10 malam hingga 4 pagi tadi dan para pesalah telah dikenakan denda kompaun.

Kedua-dua kesalahan berkenaan adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah, menurut Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media harian yang berlangsung di Kementerian Kesihatan, hari ini.

Yang Berhormat Dato turut menyatakan bahawa satu kesalahan telah didapati di Daerah Brunei dan Muara, manakala itu, satu lagi didapati di Daerah Belait.

Ketika ini negara telah memasuki Fasa Peralihan di mana pelaksanaan langkah-langkah sekatan telah pun dikurangkan secara berperingkat.

Namun masyarakat dikehendaki untuk tidak alpa dan terus memberi komitmen penuh dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan pencegahan yang ditetapkan pihak kerajaan bagi mengelak kemungkinan berlakunya penularan dan juga kluster kes-kes yang baharu.

k kerajaan pasti dan percaya bahawa penduduk negara akan berhasil mengharungi kehidupan dalam norma baharu ini selagi mana penekanan terhadap tanggungjawab ditanai dan dipatuhi dengan komitmen dan kewaspadaan yang tinggi.