Ops Peralihan: Hanya satu pelanggaran dikesan

Oleh Yusrin Junaidi
Gambar serahan Kem. Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Satu pelanggaran arahan telah dikesan semalam semasa Operasi Peralihan yang dijalankan di seluruh negara bermula 10 malam hingga 4 pagi tadi dan pesalah telah dikenakan denda kompaun.

“Satu kesalahan berkenaan adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah dan tidak ada kesalahan-kesalahan lain,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

Manakala itu Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan menyatakan kesalahan berkenaan didapati di Daerah Brunei dan Muara sahaja.