Oleh Syahmi Hassan
Gambar serahan Kementerian Kesihatan
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Sebanyak satu pelanggaran arahan telah dikesan semasa sekatan pergerakan Operasi Peralihan yang dijalankan di seluruh negara dari jam 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi.
Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar telah mengongsikan perkara tersebut dalam Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.
Menurut beliau, pelanggaran arahan tersebut adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah, dan pesalah tersebut telah pun dikeluarkan denda kompaun.
Kesalahan tersebut telah didapati di kawasan Daerah Brunei dan Muara.