Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Hanya satu pelanggaran arahan dikesan semasa Operasi Peralihan yang dijalankan di seluruh negara bermula 12 malam hingga 4 pagi tadi dan pesalah telah dikenakan denda kompaun.
Kesalahan berkenaan adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah, menurut Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Manakala itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataannya menyatakan bahawa kesalahan berkenaan didapati di Daerah Brunei dan Muara.