Ops Peralihan: Lima kesalahan dicatatkan

Oleh Yusrin Junaidi
Gambar serahan Kementerian Kesihatan & PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Hasil Operasi Peralihan yang dilaksanakan dari 10 malam sehingga 4 pagi tadi telah mencatatkan lima kesalahan pelanggaran arahan dan dikenakan denda kompaun.

Semua kesalahan adalah pelanggaran untuk berada di rumah, menurut Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media harian di Kementerian Kesihatan, hari ini.

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan pula menyatakan bahawa daripada jumlah berkenaan, tiga kesalahan dicatatkan di Daerah Brunei dan Muara dan dua kesalahan di Daerah Belait.

Kenyataan menyatakan, PPDB bersama agensi penguatkuasaan yang berkaitan memandang serius terhadap sebarang pelanggaran arahan yang dilakukan sepanjang Fasa Peralihan berkuat kuasa.