Ops Peralihan: Lima lagi pelanggaran dikesan

Oleh Yusrin Junaidi
Gambar serahan Kem. Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 DIS – Lima pelanggaran arahan telah dikesan semasa Operasi Peralihan yang dijalankan di seluruh negara bermula 10 malam hingga 4 pagi tadi dan para pesalah telah dikenakan denda kompaun.

“Empat kesalahan berkenaan adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah dan satu kesalahan tidak memiliki aplikasi BruHealth,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

Manakala itu Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan menyatakan kesemua kesalahan didapati di Daerah Brunei dan Muara, manakala itu, satu lagi kesalahan didapati di Daerah Tutong.