Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops Peralihan: Seorang kena kompaun

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Hanya satu pelanggaran arahan telah didapati semasa sekatan pergerakan Operasi Peralihan yang dijalankan di seluruh negara dari pukul 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi.

    Kesalahan itu adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah, jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menurut Yang Berhormat Dato, pesalah tersebut didapati di kawasan Daerah Brunei dan Muara, serta telah dikeluarkan denda kompaun.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda