Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Ops Peralihan: Tiga dikesan ingkar arahan

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan Kem. Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Tiga pelanggaran arahan untuk berada di rumah telah didapati semasa sekatan pergerakan Operasi Peralihan yang dijalankan di seluruh negara semalam dari jam 12 tengah malam hingga jam 4 pagi tadi, dan kesemua pesalah telah dikeluarkan denda kompaun.

    Perkara tersebut dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Dua daripadanya telah dikesan di Daerah Temburong manakala satu lagi di Daerah Brunei dan Muara.

    “Dalam perkara ini, Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa bermula pada 14 Februari, hanya kesalahan pertama pelanggaran arahan untuk berada di rumah akan dikenakan denda kompaun manakala sesiapa yang didapati melakukan kesalahan kedua dan seterusnya akan dihadapkan ke mahkamah,” jelas Yang Berhormat Dato.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...