Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Ops Pulih kesan empat pelanggaran arahan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JAN – Empat pelanggaran arahan dicatat di seluruh negara dan telah dikeluarkan kompaun hasil daripada pemantauan agensi-agensi penguatkuasaan yang dilakukan semalam semasa Operasi Peralihan daripada jam 10 malam hingga 4 pagi tadi.

    Perkara demikian telah dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan dalam Siaran Akhbar bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, pada hari ini.

    Manakala Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataannya hari ini mengongsikan bahawa daripada empat pelanggaran arahan tersebut, dua kesalahan telah didapati di Daerah Brunei dan Muara dan dua lagi kesalahan didapati di Daerah Temburong.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...