Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Ops sejahtera kesan dua kesalahan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Dua kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan, 2009 telah didapati semasa Operasi Sejahtera 194/2022 yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh di Kampung Beribi, baru-baru ini.

    Menurut Jabatan Buruh, kesalahan-kesalahan yang didapati adalah di bawah Bab 112(2) di mana majikan mengarahkan pekerja untuk bekerja dengan syarikat lain daripada majikan sah dan membuat pekerjaan lain dari jawatan sah serta Bab 10, majikan tidak menyediakan kontrak perkhidmatan kepada pekerja secara bertulis.

    Jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda kompaun sebanyak $600 bagi kesalahan pertama dan $900 bagi kesalahan kedua.

    Manakala bagi kesalahan yang ketiga, majikan akan dihadapkan ke mahkamah dan jika sabit kesalahan, majikan akan dikenakan denda tidak melebihi $3,000, penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

    Sehubungan itu, jabatan berkenaan mengingatkan majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti menyediakan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

    Majikan juga dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan lesen pekerja asing dan melanggar akta di bawah perintah berkenaan.

    Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 pada waktu bekerja atau 7298989 di luar waktu bekerja.

    Pegawai penguat kuasa semasa menjalankan pemeriksaan di premis berkenaan. – Gambar serahan Jabatan Buruh
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...