Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Ops Sepadu: 3 dikeluarkan pas khas, rokok dirampas

    Oleh Syahmi Hassan

    BELAIT, 14 JULAI – Tiga warga asing telah dikeluarkan pas khas oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) manakala itu, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) merampas sejumlah barang tegahan seperti rokok dan peralatan vape semasa Operasi Sepadu Penguatkuasaan Undang-undang yang menyasarkan beberapa buah rumah kediaman pekerja asing di kawasan Daerah Belait, kelmarin.

    Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), operasi melibatkan PPDB, JKED, JIPK, Biro Kawalan Narkotik (BKN), Bahagian Penguatkuasaan Ugama (BPU) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) telah menyasarkan beberapa rumah kediaman pekerja asing di kawasan Daerah Belait, kelmarin.

    Seramai 53 orang penguat kuasa telah terlibat dalam operasi tersebut dengan diketuai oleh Pemangku Pegawai Jenayah Daerah Polis Belait, Penolong Penguasa Polis (ASP) Dennie Adli bin Haji Sulaiman.

    Dalam kenyataannya, PPDB menekankan bahawa mereka akan meningkatkan lagi usaha dalam menangani kegiatan-kegiatan negatif serta anasir-anasir jenayah hingga ke peringkat akar umbi demi menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam.

    Anggota penguat kuasa undang-undang ketika membuat pemeriksaan di kediaman pekerja asing di Daerah Belait. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...