Sunday, December 10, 2023
28.8 C
Brunei

    -

    Ops Sepadu Bersih: 43 diambil tindakan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Seramai 31 orang individu telah dikeluarkan kompaun di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil (Seksyen 30) oleh Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) semasa Operasi Bersepadu Bersih, di kawasan Kampung Kapok, Mukim Serasa, baru-baru ini.

    Operasi bersepadu tersebut dijalankan bersama Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) serta Biro Kawalan Narkotik (BKN).

    Semasa operasi itu, JKED juga telah mengeluarkan tindakan ke atas 10 individu kerana memiliki lima karton dan 14 paket rokok berlainan jenis termasuk satu e-cigarette.

    Sementara itu, JIPK telah mengeluarkan satu pas khas ke atas seorang warganegara Indonesia serta menahan seorang warganegara Bangladesh kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah.

    Secara keseluruhannya, seramai 43 individu telah diambil tindakan sepanjang operasi tersebut.

    Pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan semasa operasi berkenaan. – Gambar serahan JDBM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    India larang eksport bawang

    NEW DELHI, 8 DIS – India melarang eksport bawang sehingga Mac tahun depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna. Kerajaan memutuskan untuk memindahkan...