Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Ops Sepadu catat beberapa kesalahan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BELAIT, 2 JAN – Sempena tahun baharu 2022, dua operasi sekatan jalan raya secara berasingan telah dikendalikan melalui Operasi Sepadu Agensi Penguat Kuasa Undang-undang pada hari ini di dua kawasan di Daerah Belait.

    Operasi Sepadu itu melibatkan tiga agensi penguat kuasa yang terdiri daripada pegawai dan anggota dari Daerah Polis Belait dan Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL) Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) dan Biro Kawalan Narkotik (BKN).

    Operasi sekatan tertumpu di kawasan Jalan Tengah Panaga Seria dan kawasan Lebuhraya Seria By Pass, Daerah Belait.

    Hasil daripada pemeriksaan menyeluruh, sebanyak 19 tindakan kompaun dikeluarkan oleh PPDB yang melibatkan kesalahan lesen kenderaan mansuh, lesen memandu mansuh, ubah usai kenderaan dan beberapa kesalahan lain lagi manakala JKED mencatatkan empat kesalahan yang melibatkan penemuan barang tegahan rokok serta minuman keras.

    Sehubungan itu, PPDB serta agensi penguatkuasa yang lain juga ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan memberikan kerjasama yang jitu dalam perkongsian maklumat bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berleluasa tanpa sebarang pembendungan dan tindakan sewajarnya.

    Anggota penguat kuasa menjalankan pemeriksaan semasa Operasi Sepadu di Daerah Belait.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...